Aku rasa nak balik. Terlalu lama cuti membuatkan hati aku rasa makin malas untuk duduk di sini terlalu lama. Saja aku berjalan menjenguk doktor yang sibuk membuat round. Tiba-tiba seorang temanku menghampiri seorang pesakit Cina yang tua.
"Pakcik, siapa nama pakcik?". Ramah temanku memulakan bicara.
" Ng Chun Huan*"
"Ohhh. Pakcik ingat saya tak? Saya ada jumpa pakcik kat stesen bas."
Ah ramah pulak sahabat aku seorang ni. Aku senyum. Takpelah. Sekadar bertanya-tanya. Pakcik itu pun kelihatannya mesra. Senyumanku dibalas. Hatiku senang.
Sedang elok berbual, aku hanya pendengar setia. Tidak terasa untuk menyampuk bila temanku kedengaran gembira berbual dengannya. Lagi-lagi bilaku dengar nada pakcik itu senang iramanya.
"Ada hantu tolak maa. Pakcik berdiri tiba-tiba terjatuh. Sudah 78 tahun pakcik hidup. Ini jatuh masih hidup Allah yang tolong pakcik"
"Allah yang tolong pakcik."
"Pakcik berserah pada Allah. Allah yang panjangkan umur pakcik"
"Semua Allah yang tolong. Allah yang selamatkan pakcik"
"Semua Allah punya kuasa"
Temanku ketawa. Aku juga. Mungkin cara bicaranya agak lucu.
Tapi kebenaran yang tersirat buat hatiku tersentap.
Saat dia jatuh, dia berkata Allah yang selamatkan nyawanya.
Tapi saat aku yang terjatuh? Adakah aku berkata "Allah selamatkan aku?" Sedangkan jatuhku, jatuh yang bisa bangkit.
Apa agama pakcik ini masih menjadi persoalan. Temanku juga masih tertanya. Apatah lagi aku. Sengaja kami tidak bertanya takut mengganggu sensitivitinya. Sekali lagiku pandang namanya di kepala katil. Apa lah ada pada nama. Sedangkan agama itu tentang kepercayaan.
Tapi hati aku terasa aku rapuh. Entah kenapa aku rasa imanku masih lemah.
*Ng Chun Huan bukan nama sebenar.
*Ng Chun Huan bukan nama sebenar.
No comments:
Post a Comment